Berita

Reaksi Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo)

SUKARELAWAN Wilayah Prihatin membuka peluang untuk mengembangkan potensi diri disamping membantu sukarelawan mendekatkan diri dengan masyarakat.
- Diterbit 11 Jun 2021 12:30 PM MYT
MUHAMMAD AL HAKIM MOHD ZIN, 27, Jurutera

Platform terbaru dari Kementerian Wilayah Persekutuan merupakan platform terbaik untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan kerana ianya dapat membantu mengembangkan potensi diri dengan lebih jauh dan holistik. Tambahan, program ini juga secara tidak langsung telah memberi peluang kepada saya untuk menyumbang tenaga bersama membantu petugas barisan hadapan (frontliners) dan membantu program swab test dan vaksinasi bagi menangani wabak ini malah program ini.”

 

 

AZIANTI ABU DAYAN, 38, Pembantu Tadbir

Pada pendapat saya, program Sukarelawan Wilayah Prihatin/Prihatin Volunteers (PriVo) ini sangat bagus terutama kepada belia dan beliawanis untuk menerapkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong dalam pelbagai aspek. Penglibatan orang muda dalam aktiviti kesukarelawanan seperti ini mampu membentuk identiti dan personaliti yang mantap selain dapat memupuk nilai tambah kepada golongan muda agar lebih cakna, ambil peduli dan prihatin terhadap isu semasa terutama aktiviti yang memerlukan tenaga orang muda dalam bidang kesukarelawanan.”

 

DATIN LINDA GHAZALI, 38, Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras/
Sukarelawan WYVO

Selaku Ketua Puteri Bahagian Cheras dan Sukarelawan PriVo, saya ingin berterima kasih kepada Tan Sri TPr Annuar Musa dan semua pihak yang terlibat di bawah Wilayah Prihatin bagi menjayakan program yang bermanfaat ini. Program ini adalah platform terbaik kerana ia membantu sukarelawan mendekatkan diri dengan masyarakat. Sebagai sukarelawan, kita berperanan untuk memberikan penerangan yang betul kepada masyarkat malah saya juga amat menggalakkan golongan belia yang berminat untuk mendaftarkan diri menjadi sebahagian PriVo.”

 

 

AMIRUL HAZIQ AZHARI, 26,Pupil in Chambers

Dari Aspek keselamatan, semua pihak yang terlibat dalam PriVo mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kami diberikan keperluan perlindungan lengkap seperti PPE, glove, face shield  untuk melindungi diri daripada risiko jangkitan COVID-19 sepanjang bertugas. Tambahan, proses sanitasi juga akan dilakukan di sekitar kawasan saringan malah sukarelawan juga perlu melakukan ujian saringan (swab test) setelah program selesai.” – WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas