Berita

Langgar SOP, Neelofa, PU Riz dan keluarga dikenakan kompaun RM60,000

- Diterbit 27 April 2021 5:06 AM MYT

AKIBAT melanggar SOP ketika majlis perkahwinan bulan lalu, selebriti Neelofa dan PU Riz serta ahli keluarganya telah dikenakan kompuan berjumlah RM60,000 kerana melanggar SOP.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB di majlis perkahwinan pasangan itu telah dikembalikan dari pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan mengenakan kompaun.

“Noor Neelofa binti Mohd Noor dikenakan kompuan sebanyak RM20,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua (2) kesalahan iaitu selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP dan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan.

“Muhammad Haris bin Mohd Ismail dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis.3,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau lagi, semua ahli keluarga Neelofa seramai (20) orang dikenakan kompan sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya (1) meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung dan semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021.

“Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM60,000.00. Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi Perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang- undang yang masih berkuatkuasa,” ujar beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas