Berita

KLWSL 2023 sedia kursus jurulatih demi masa hadapan atlet wanita

HANNAH (tengah) ketika gimik pelancaran KLWSL 2023.
- Diterbit 25 Ogos 2023 12:00 AM MYT

KEJOHANAN Bolasepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Women’s Super League (KLWSL) 2023 yang ­berlangsung pada 20 Ogos sehingga 15 Oktober ini turut menyediakan kursus kejurulatihan kepada mana-mana pemain yang berminat.

Pengarah Program KLWSL, Khushairi Aizad ­berkata ­sepanjang liga ­tersebut ­berlangsung, ­pihaknya turut ­menganjurkan ­kursus ­kejurulatihan kepada semua ­pasukan untuk menjadi jurulatih.

“Ia juga selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ­mengenai arah tuju atlet ­selepas tidak lagi mewakili pasukan.

“Melalui kursus ini, mereka akan diberikan lesen ­kejurulatihan dan sekurang-kurangnya dapat membantu menjana pendapatan pada masa akan datang ­khususnya buat golongan wanita,” ­katanya pada Sidang Media Pelancaran KLWSL 2023 yang diadakan di Arena Sukan Kuala Lumpur ­pada Sabtu.

Tambahnya, pada tahun 2021, hanya enam pasukan yang ­menyertai KLWSL berbanding ­pada kali ini sebanyak 10 ­pasukan termasuk dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Secara tak langsung, ­kita juga dapat menarik dan ­mempromosikan Kuala Lumpur yang aktif dalam ­pembangunan bola sepak ­wanita,” ujarnya ­antara keistimewaan lain mereka turut memaparkan ­statistik ­prestasi semasa setiap ­pemain ­menerusi laman Facebook KL Women’s Football.

Berkongsi mengenai ­objektif penganjuran, Khushairi ­berkata ia bagi memberi ruang ­kepada ­pemain di peringkat akar ­umbi ­untuk menyerlahkan bakat ­mereka menerusi platform yang disediakan.

“Sokongan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan di ­mana sebelum ini penyertaan ­terhad ­bagi umur 18 tahun ke atas ­namun ­pada kali ini dibuka ­kepada 14 ­tahun ke atas,” ujarnya ­mengharapkan ­lebih ramai pihak dapat ­memberi ­sokongan penuh serta tajaan ­dalam meneruskan agenda program ­seperti yang ditetapkan.

Khushairi berkata Sukan Malaysia (SUKMA) juga sudah mula mempromosikan acara ­bola sepak wanita di mana SUKMA 2024 menyaksikan sukan tersebut diadakan buat kali pertama. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas