Berita

Tiga pemain snuker amatur menang Kejohanan Piala Merdeka

- Diterbit 25 Ogos 2023 12:43 AM MYT

TIGA pemain snuker amatur dari Sabah berjaya mengungguli tiga tempat teratas Kejohanan Snooker Piala Merdeka Tertutup Borneo, yang berlangsung di Champion Billiard Saloon Labuan, Jalan Jati di sini.

Rasid@Samy Mambalusan, 57, dari Semporna berjaya menjadi juara, manakala Mohd Rozaidi Ismail, 35, dari Papar di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi Jumiadi Juhin dari Tawau.

Sejumlah 64 pemain dari Sabah, Sarawak, Labuan, dan Brunei menyertai kejohanan yang buat pertama kalinya diadakan, dengan kerjasama Perbadanan Labuan menerusi Jabatan Pelancongan, Seni dan Budaya Perbadanan Labuan.

Pemilik Champion Billiard Saloon Riswan Abd Salim berkata memandangan program itu yang menerima sambutan menggalakkan, maka ia akan diadakan secara tahunan dan dimasukkan dalam kalender acara sukan Labuan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas