Berita

Kes COVID-19 seluruh dunia melebihi 93 juta

- Diterbit 15 Januari 2021 3:31 AM MYT

JUMLAH kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah  melebihi 93 juta, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut data Johns Hopkins University pada Jumaat jumlah sebenar kes ialah 93,018,040 dengan lebih 1.99 juta kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai wabak pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas