Berita

Kelab Anak Muda Bandar Tun Razak bantu 500 keluarga asnaf

MOHAMMMAD HAMIZAN meninjau kerja-kerja menyiapkan bungkusan barang makanan untuk diedarkan kepada asnaf di Bandar Tun Razak baru-baru ini.
- Diterbit 16 Mei 2020 5:04 AM MYT

PRIHATIN. Seramai kira-kira 500 keluarga asnaf di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak menerima bantuan kit barangan makanan daripada Kelab Anak Muda Bandar Tun Razak baru-baru ini.

Pengerusi Isejahtera Malaysia, Mohammad Hamizan Amzah yang juga penaung kelab tersebut berkata, program Sentuhan Kasih Ramadan itu juga mengedarkan juadah berbuka puasa kepada keluarga susah tersebut.

“Harap bantuan ini dapat meringankan bebanan keluarga susah terbabit yang mengalami kesulitan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain itu, sumbangan berkenaan adalah sempena Ramadan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program bantuan tersebut.

Program itu turut mendapatkan kerjasama daripada The Lost Food Project, Vape69, Isejahtera Malaysia dan Liberty Insurance. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas