Berita

Jom sertai PIPR 2024

- Diterbit 5 Februari 2024 3:54 PM MYT

PUTRAJAYA merupakan salah satu lokasi paling sinonim dalam kalangan peminat sukan berbasikal. Selain untuk kesihatan tubuh badan, berbasikal sambil melihat keindahan panorama indah di kawasan tersebut dapat menenangkan fikiran.

Sehubungan itu, bagi merancakkan lagi aktiviti berbasikal, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil inisiatif mengadakan Putrajaya Inter-Park Ride (PIPR) 2024 pada 25 Februari ini bertempat di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.

Menurut Presiden PPj, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud, program yang bermula dari pukul 7 hingga 11 pagi itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas penggunaan taman untuk kegiatan fizikal, terapi tekanan dan menyembuhkan penyakit, selain menjadi tempat bagi komuniti dewasa dan kanak-kanak berinteraksi serta meneroka kekayaan alam sekeliling dengan berkonsepkan Healthy Park, Healthy People.

“Dalam masa sama, ia juga diadakan bertujuan untuk merancakkan industri pelancongan di Putrajaya melalui pelancongan sukan berkonsepkan fun ride dengan jarak sejauh 24 kilometer.

“Buat mereka yang berminat untuk menyertai acara ini, yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM50 (dewasa) manakala bagi 300 peserta terawal hanya perlu membayar RM40 sahaja,” ujarnya syarat penyertaan terbuka kepada peserta berumur 13 tahun dan ke atas.

Sila layari laman sesawang https://red-adventure.com/pipr/ untuk mendaftar. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi di talian 016-352 3653.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas