Berita

JAS keluar kompaun RM6 juta menerusi Ops Gempur 2022

- Diterbit 3 April 2023 9:30 AM MYT

JABATAN Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan sebanyak 3,355 kompaun bernilai RM6 juta ke atas 4,364 premis perindustrian di seluruh negara menerusi Operasi (Ops) Gempur 2022, menurut jabatan itu.

JAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Selain kompaun, mana-mana premis perindustrian yang gagal mematuhi akta terbabit akan diberi notis arahan, penahanan operasi, perintah larangan dan penggantungan lesen, menurut JAS.

“Pelaksanaan Ops Gempur ini adalah usaha berterusan JAS dalam menjayakan serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan tanggungjawab dan komitmen semua pihak,” kata JAS. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas