Berita

Insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam di bayar 23 Feb

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim
- Diterbit 6 Februari 2024 10:56 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklum bahawa bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Februari ini.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform akan menerima insentif sebanyak RM1,000.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Johan Mahmood Marican. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas