Berita

4 INISIATIF RANGSANG EKONOMI OLEH KWP

||||||
- Diterbit 20 Februari 2020 8:32 AM MYT

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi-agensi di bawahnya demi membantu merangsang ekonomi dengan tujuan memberikan peluang perniagaan, pekerjaan, projek dan modal untuk untuk warga Wilayah Persekutuan.

Malah lembaran tahun baharu 2020 menjadi saksi pelbagai inisiatif menarik telah diperkenalkan untuk tujuan tersebut. Mari kita semak!

1. RM10 JUTA TAMBAH PELUANG PEKERJAAN SEBAGAI PSH

Januari lalu, seramai 300 PSH diterima bekerja selepas temuduga terbuka yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jumlah ini sejajar dengan kos yang ditetapkan iaitu RM10 juta. Kesemua yang terpilih menepati perjawatan yang ditawarkan iaitu kategori buruh, teknikal dan profesional.

2. SKIM MIKRO KREDIT, PINJAMAN SEHINGGA RM5,000

Ini merupakan berita baik kepada golongan penjaja kecil. Bermula 18 Februari lalu anda boleh memohon pinjaman mudah melalui Skim Mikro Kredit Wilayah Persekutuan (SMKWP) dengan nilai maksimum RM5,000. Paling menguntungkan, skim ini memperuntukkan bayaran balik serendah RM20 seminggu sahaja. Apa tunggu lagi! Cepat-cepatlah isi borang ya.

3. RM50 JUTA UNTUK KONTRAKTOR G1

Peluang keemasan terbuka luas kepada kontraktor kecil kelas G1 di sekitar bandar raya ini apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi memberi peluang perniagaan kepada anda. Dengan peruntukan itu, seramai 250 kontraktor G1 bakal dilantik yang mana had maksima untuk setiap satu tawaran kontrak bernilai RM200,000.

4. KIOSK UNTUK PENIAGA KECIl

Kiosk@11 adalah berupa 12 unit kiosk yang dibina di Presint 11, Putrajaya. Kini Putrajaya sudah mempunyai 3 kiosk sebegini dan dua lagi akan dibina tidak lama lagi. Kiosk ini bertujuan membantu peniaga kecil menjalankan perniagaan dengan lebih teratur.

Pada tahun ini PPj juga akan membangunkan tiga buah lagi premis perniagaan awam baharu berjumlah RM11 juta secara keseluruhan iaitu lima unit kiosk di Presint 6, tiga unit di Dataran Putra dan medan selera baharu di Presint 8.

SUASANA di Kiosk@11, Presint 11 yang baru dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad padi tadi. Foto NAZIRUL ROSELAN
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas