Berita

Individu kritik PM, badan kehakiman wajar dikenakan tindakan

Gambar: FreeMalaysiaToday
- Diterbit 6 September 2022 11:35 AM MYT

INDIVIDU di dalam UMNO yang memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta mempertikaikan kedudukannya sebagai poster boy wajar dikenakan tindakan.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kritikan keras yang dilemparkan ini menunjukkan beliau seolah-olah jurucakap UMNO dan ia tidak wajar mendapat pengiktirafan mana-mana pihak.

“Kita tidak tahu dia ini siapa dan yang saya tahu dia ini bukan jawatankuasa bahagian, bukan jawatankuasa cawangan, tetapi dia bercakap seoalah-olah jurucakap kepada UMNO.
“Tidak boleh begitu dan dia maki Perdana Menteri, mana boleh begini dan saya rasa ini tidak wajar dia mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak terutamanya orang UMNO,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Arau itu turut mengingatkan bahawa MKT serta Perhimpunan Agung Tahunan UMNO telah memutuskan bahawa poster boy ialah Perdana Menteri.

“Kita tidak ubah lagi (poster boy) dan rakyat menyokong kepimpinan beliau.

“Kalau nak tukar poster boy maklumlah, tetapi bukan dia, dia bukannya jurucakap, bukan setiausaha politik walaupun dalam konvensyen UMNO baru-baru ini dia mari duduk di kerusi VIP di hadapan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan individu tersebut supaya tidak menggunakan kemahirannya dengan mengkritik sesiapa sahaja sedangkan beliau tidak pernah dilantik sebagai jurucakap UMNO.

“Jangan fikir kita boleh bercakap sikit dan kritik siapa sahaja dan saya tidak seronok kerana dia macam jurucakap pula. Saya tidak tahu kerana dia tidak pernah dilantik menjadi jurucakap mana-mana, mungkin ada persatuan hantu dan syaitan saya tidak tahu lah,” katanya sambil menambah ada dakwaan bahawa kenyataan tersebut dipercayai daripada UMNO.

Katanya, UMNO wajar mengambil tindakan terhadap individu seperti ini kerana beliau pernah diambil tindakan yang sama disebabkan tindakannya memperkotak katik dan cubaan menjatuhkan pemimpin.
“Orang ini pernah diambil tindakan dahulu kerana memburukkan pemimpin. Tetapi sekarang ini dia memburukkan pemimpin lagi dengan seronok-seronok sahaja.

“Dia bukan sahaja memburukkan pemimpin, tetapi turut memburukkan institusi kehakiman dan lain-lain.

“Saya Ketua UMNO bahagian, saya tidak pernah mengetahui dia ini dilantik menjadi jurucakap atau setiausaha akhbar kepada parti tetapi dia boleh komen.

“Kekuatannya memaki hamun PM itu sama seperti menghina pemimpin sebab Perdana Menteri adalah Naib Presiden UMNO,” katanya.

Saya tidak tahu kenapa dia jadi VIP tapi adakahdia boleh jadi VIP, ketua cawangan saya tidak boleh jadi VIP? Jadi jangan fikir kita boleh bercakap sikit dan kritik siapa sahaja dan saya tidak seronok kerana dia macam jurucakap pula. Saya tidaktahu kerana dia tidak pernah dilantik menjadi jurucakap mana-mana, mungkin ada persatuan hantu dan syaitan saya tidak tahu lah, tetapi dia tidak ada jurucakap parti tetapi kadang kala orang cakap ini daripada parti. ,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas