Berita

Healife tawar empat kaedah rawatan kesihatan tradisional, moden

KAEDAH rawatan tradisonal cina, akupuntur turut disediakan di Healife.
- Diterbit 11 Mac 2022 6:51 AM MYT

HEALIFE yang mula beroperasi pada tahun 2019 merupakan satu-satunya menawarkan empat kaedah rawatan secara tradisional serta menggabungkan kaedah moden pertama di Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasarannya, Sohaila Marmoush berkata, kaedah rawatan yang ditawarkan secara integrasi adalah melalui perubatan Arab, perubatan India (ayurveda), perubatan moden dan perubatan Cina untuk pelbagai jenis rawatan.

PEGAWAI Pemasaran Healife, Sohaila Marmoush.

“Semua jenis rawatan dan perubatan di sini direka oleh pengurusan terlatih dari United Kingdom (UK) lebih daripada 20 tahun berpengalaman dalam kedua-dua bidang dan pelan rawatan mereka sesuai bagi setiap pesakit.

“Kami percaya setiap pesakit berhak mempunyai pasukan penyedia penjagaan kesihatan yang berdedikasi yang bekerja bersama-sama untuk mengenal pasti punca keadaan anda dan menyesuaikan pelan rawatan untuk anda.

“Semua rawatan dan jenis perubatan kami adalah efektif dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.


Katanya, matlamat utama Healife adalah untuk mencari punca setiap masalah kesihatan dan menyediakan penyelesaian yang kekal dan bukan hanya sementara bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Sementara itu, Pengasas Healife, Dr Reham berkata, pihak perintis dalam bidang perubatan alternatif bagi tujuan membina ‘jambatan’ antara sekolah perubatan alternatif dan moden yang berbeza.

“Sejak beroperasi, pihaknya banyak menerima testimoni positif daripada bekas pesakitnya dan yakin mampu menawarkan penyelesaian komprehensif rawatan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Kepada mana-mana individu yang berminat atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut, boleh menghubungi Healife di talian 03-2710 1024 atau layari laman web http:/www.healife.com.my/. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas