Selebriti

Roh dinobatkan Filem Terbaik FFM31

Amir Mohammad.
- Diterbit 10 Disember 2021 3:52 PM MYT

FILEM Roh terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam acara Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang berlangsung malam ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan filem arahan Emir Ezwan itu menewaskan empat buah filem lain, antaranya seperti Sangkar, Fly By Night, Ejen Ali The Movie dan Geran.

PENERBIT Eksekutif Kuman Pictures, Amir Mohammad.

Kemenangan tersebut juga sudah dijangka memandangkan Roh telah dicalonkan untuk mewakili Malaysia ke Oscar 93 untuk Anugerah Filem Cereka Antarabangsa.

Untuk kategori Pengarah Terbaik pula, ia diraih oleh Khabir Bhatia untuk filem Sangkar dengan menewaskan empat calon lain iaitu Emir Izwan (Roh), Usamah Zaid Yasin (Ejen Ali The Movie), Zahir Omar (Fly By Night) dan Adrian Teh (Wira).

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pula menjadi milik Zul Ariffin menerusi filem Sangkar dengan menewaskan empat calon lain iaitu Syafiq Kyle (Pusaka), Fabian Loo (Fly By Night), Anding Indrawani (Headhunter) dan Namron (Roh), manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik menjadi milik Sinje Lee.

FFM 31 yang berlangsung kali ini menyaksikan sebanyak 55 buah filem dipertandingkan merangkumi 32 filem berbahasa Melayu manakala lapan (Mandarin), 11 (Tamil) dan empat (lain-lain).

Dalam pada itu, pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, manakala Filem Terbaik mendapat Dana Kandungan Digital berjumlah RM500,000 – WILAYAHKU

Senarai Pemenang FFM31

1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)

2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)

3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)

5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)

6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)

7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)

8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)

9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)

10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)

14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie

15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)

17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)

18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)

19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)

20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

22. Anugerah Khas Juri 1 – filem Suatu Ketika

23. Anugerah Khas Juri 2 – filem Geran

24. Anugerah Khas Juri 3 – filem Headhunter

25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)

26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)

27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)

28. Filem Terbaik – Roh

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas