Berita

Gelandangan Anjung Kelana kini dikenali KUAK

SHAHIDAN (kiri) turut menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di karak, Rabu lalu
- Diterbit 31 Disember 2021 6:56 AM MYT

GELANDANGAN adalah satu gelaran yang dahulunya sering dipandang hina oleh masyarakat. Namun keadaannya kini berbeza apabila rata-rata mereka sudah mampu berdiri untuk membina kehidupan baharu.

Perubahan situasi mendorong warga Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana memperbaharui gelaran tersebut kepada Komuniti Anjung Kelana (KUAK) bermula baru-baru ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, perubahan nama itu berikutan golongan tersebut sudah mampu membina kehidupan baharu dan tidak mahu lagi menjadi bebanan masyarakat.

“Mereka (warga Anjung Kelana) juga menjadi sukarelawan operasi pembersihan pasca banjir di Karak. Tiada paksaan dan hanya individu yang ingin sahaja akan turun bertugas.

“Mereka telah berada di sini sejak Ahad (19 Disember) dan Alhamdulillah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mereka
sendiri yang meminta untuk membantu mangsa banjir,” katanya selepas membuat tinjauan operasi pasca banjir bersama agensi-agensi dibawahnya di sekitar kawasan Karak, Rabu lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas