Berita

EZZATY ABDULLAH Kemalangan, Elak Lori Dan Kereta Dari Belakang

- Diterbit 10 Disember 2020 10:35 PM MYT

PELAKON Ezzaty Abdullah, 30, meluahkan rasa lega apabila dia dan pembantu peribadinya  berada dalam keadaan selamat setelah terlibat dalam satu Kemalangan jalan raya awal pagi ini.

Kemalangan itu berlaku apabila Ezzaty yang memandu kereta cuba mengelak daripada lori dan kereta dari belakang.

“Allahuakbar, first time kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi. Lepas tu accident pula.

“Alhamdulillah nasib baik saya dan PA (pembantu peribadi) tak apa-apa. Saya yang drive tapi accident bukan sebab mengantuk ye. Tak dapat nak elak divider (pembahagi jalan) tu sebab nak elak lori dan kereta kat belakang,” tulisnya di instagram miliknya. 

Ezzaty yang popular menerusi drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini tetap berfikiran positif dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya. 

“Esok calltime 7pagi di Sekinchan dan malam di Ampang. sekarang 3.38 pagi baru settle everything dan mandi. Jom tido 30 minit (syukur ada masa kejap untuk rehat) kejap lagi 4 pagi nak bangun mandi lagi untuk pergi kerja! 

“Perjalanan dua jam juga  nak ke Sekinchan.  Bukan mudah nak senang, harap semuanya ada hikmah dan hasil. Amin,” luahnya lagi.

“Saya okay saja. Kereta saja tak tahu lagi macam mana. Doakan agar segalanya dipermudahkan ya. Terima Kasih,” katanya kepada Wilayahku ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Semoga Ezzaty berada dalam keadaan baik-baik saja dan berhati-hati di jalan raya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas