Utama

Enam kenderaan dirempuh lori

KEMALANGAN yang berlaku di Sentul melibatkan sekurang-kurangnya enam buah kenderaan. Gambar: Twitter KEMALANGAN yang berlaku di Sentul melibatkan sekurang-kurangnya enam buah kenderaan. Gambar: Twitter
- Diterbit 6 September 2021 9:56 AM MYT

SEKURANG-KURANGNYA enam buah kenderaan dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek di Jalan Ipoh, Sentul petang tadi.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.34 petang tadi berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah.

Video kemalangan tersebut tular di sosial media dan dikatakan pemandu kereta pertama dipercayai myvi berwarna kuning yang remuk teruk dilaporkan selamat.

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan lalulintas dari Istana Negara.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata punca kemalangan masih di dalam siasatan.

“Pegawai penyiasat sedang mendapatkan fakta-fakta kejadian dan punca kejadian masih di dalam penyiasatan,” katanya ketika dihubungi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas