Berita

Dua pejabat satelit LHDNM mula operasi April ini

- Diterbit 31 Mac 2021 4:06 AM MYT

DUA pejabat satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terkini iaitu di Cameron Highlands, Pahang dan Manjung, Perak akan memulakan operasi masing-masing pada 1 dan 5 April ini.

LHDNM dalam kenyataan menyebut pejabat satelit berkenaan berfungsi sebagai pusat sehenti yang terletak di luar kawasan cawangan utama untuk mendekatkan perkhidmatan kepada pembayar cukai atau pelanggan.

Ia memberikan perkhidmatan yang lebih meluas antaranya percukaian (khidmat nasihat dan rundingan cukai, pengauditan dan pungutan), duti setem dan bantuan khas kerajaan (Bantuan Prihatin Rakyat).

Menurut kenyataan itu pejabat satelit Cameron Highlands di Tanah Rata merupakan pejabat LHDNM yang baharu dibuka sementara pejabat satelit Manjung di Bandar Baru dinaik taraf daripada Pusat Khidmat Hasil (PKH) Manjung. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas