Selebriti

Diva AA, Kelly Azman sudah berdamai… Lali dengan kecaman

'buang yang keruh
- Diterbit 26 Januari 2022 2:29 AM MYT

PERTEMUAN secara tidak sengaja antara mereka baru-baru ini, membuka lembaran baharu buat dua selebriti sensasi, Diva AA dan Kelly Azman.

Sebelum ini, umum sedia maklum bahawa Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Hj Ali telah memuatnaik sebuah ciapan di laman Twitter mempertikaikan kredibiliti seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta.

Biarpun tidak menyatakan dengan terperinci mengenai individu tersebut, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly yang merupakan seorang penghibur dan wartawan hiburan.

“Viral as ever! Diva AA maki kan jer juri sampah pakai kanta 3KM! Ko bawak sial jer”

“F*cking faked tersial gelupuh ber selfie! Juri-juri sampah yang diperap Astro! Dah habis calon ke? Bila di cop show sampah? Amok! But*h! Gthh Puii” komen Diva AA menerusi sebuah ciapan

Buang yang keruh,ambil yang jernih. Kedua-dua figura ini dilihat telah saling berbual dan turut mengambil gambar serta video bersama.

DIVA AA (kiri) dan Kelly Azman kini berdamai, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’

Menurut Diva AA, dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu dan dalam masa yang sama tidak menyangka zaman ini pelbagai kontroversi panas masih menjadi tumpuan umum.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali.

“Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

“Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar.

“Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman? kalau menteri satu dua kecaman pun dah menggelupur buat sidang media” seloroh Diva AA

Bagi Kelly pula, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan akui tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana sudah lama mengenalinya.

“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali.

“Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur” kata Kelly

Kedua-dua selebriti itu ditemui di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini. Di dalam rancangan realiti itu, Diva AA akan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari 2022. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas