Selebriti

“Dia guna nama saya untuk dapatkan tajaan”, Baby Shima buat laporan polis

- Diterbit 9 Disember 2022 1:00 PM MYT

ARTIS popular, Baby Shima telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penganjur yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan acara yang berlangsung di Johor.

Baby Shima yang tampil membuat laporan polis menyatakan, individu tersebut sudah tiga kali menggunakan gambarnya tanpa kebenaran meskipun sudah diberi amaran keras.

“Bukan sekali dia gunakan gambar saya tanpa kebenaran, tetapi sudah tiga kali sebenarnya. Sebelum ini, saya masih beri muka, namun masih memanipulasi gambar dan nama saya.

“Dia guna gambar dan nama saya untuk mendapatkan tajaan tapak sedangkan saya tidak terlibat. Itu menjejaskan nama baik saya.

“Kemudian saya rasa laporan polis perlu dibuat sebagai tindakan supaya dia berhenti menggunakan nama dan gambar saya,” luahnya.

Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara hari ini.

Dalam pada itu, Baby Shima dalam pada masa sama menepis dakwaan pengurusnya, Mohd Afrendie Affendy bertindak biadap terhadap individu tersebut.

“Individu itu cakap kami tak beradab, sedangkan dia guna gambar dan saya tanpa kebenaran. Siapa yang tidak beradab sebenarnya? Lebih teruk, dia juga turut melibatkan ibu dan bapa saya.

“Bagi saya dia tidak profesional dan menfitnah pengurus saya tidak beradap. Dia yang salah, menipu orang ramai,” dakwanya.

Menyedari ramai peminat kecewa Dan .mengharapkan kehadirannya ke acara tersebut, Baby Shima memberitahu dia akan menjelaskan perkara sebenar di media sosial.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas