Berita

DBKL tanggung kerugian lebih RM600,000 landskap rosak

000 ekoran tanaman hiasan rosak di sepanjang Jalan Raja
- Diterbit 3 September 2022 3:31 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa menanggung kerugian bernilai RM620,000 ekoran tanaman hiasan rosak di sepanjang Jalan Raja, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak semasa perarakan Hari Kebangsaan pada Rabu (31 Ogos) lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata DBKL sedang dalam usaha membersihkan kawasan yang terjejas dan menggantikan tumbuhan, yang terdiri daripada 24 spesies berbeza, yang musnah pada hari itu.

“Peratusan orang ramai keluar untuk meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah luar biasa tinggi, dan banyak kawasan landskap berhampiran Dataran Merdeka telah rosak.

“DBKL sedang mengenal pasti jika mana-mana tumbuhan itu boleh diselamatkan,” katanya kepada pemberita pada malam penghargaan media DBKL di Hotel Mandarin Oriental pada Jumaat.

DBKL terpaksa menanggung kerugian bernilai RM620,000 ekoran tanaman hiasan rosak di sepanjang Jalan Raja, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak semasa perarakan Hari Kebangsaan pada Rabu (31 Ogos) lalu.

Pada hari Rabu, beberapa gambar dan video yang menunjukkan orang ramai memijak tumbuhan menjadi tular di media sosial.

Dalam hantaran di laman FB, DBKL memuji sikap patriotisme orang ramai yang hadir untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

“Namun, ada juga yang alpa dengan keadaan sekeliling dan tidak mempedulikan keindahan persekitarannya dan merosakkan landskap,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas