
Demi ilmu dan pahala, tukang gunting rambut tekad jadi mutawwif
DEMI kepuasan diri untuk mengumpul ilmu dan saham akhirat, Shahrir Abdul Malek seorang tukang gunting rambut sanggup menukar kerjaya menjadi mutawwif. Malah, Shahrir sendiri tidak menyangka tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang agama dan tidak fasih berbahasa Arab, dia kini dilantik sebagai mutawwif pada usia 55 tahun selepas mengikuti pengajian