Berita

Cadangan Senator Yeop terus disambut Menteri Wilayah Persekutuan

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan cadangan Senator Datuk Yeop sangat baik.
- Diterbit 22 Disember 2021 6:59 AM MYT

SEKALIPUN masih baru sebagai Ahli Dewan Negara namun Senator Datuk Mohd Hishamuddin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Datuk Yeop terus ligat semasa sidang dewan.

Pada Selasa semasa sesi soal jawab, beliau telah mencadangkan agar pasar-pasar malam sekitar Wilayah Persekutuan dijadikan saluran kerajaan bantu rakyat untuk pengedaran barang barang makanan secara terkawal dan murah.

Beliau memberi contoh mengenai harga ayam.

Senator Hishamuddin juga mencadangkan agar peniaga-peniaga pasar malam dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM2 sahaja pada satu malam dan tidak lagi memerlukan lesen.

Katanya, menerusi cara ini lebih mudah untuk mengawal peniaga-peniaga.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dalam jawapannya menyifatkan cadangan Senator Datuk Yeop sangat baik.

Beliau spontan membuat pengumuman di situ bahawa kementerian setuju dan meluluskan cadangan berkenaan untuk dilaksanakan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas