Berita

Bukit Gantang pula isytihar sokong PM

Kredit foto: Youtube Parlimen Malaysia
- Diterbit 28 November 2023 2:44 AM MYT

AHLI Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengisytiharkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perisytiharan itu dilakukan ketika sesi jawab lisan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen hari ini.

Syed Abu Hussin yang juga ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan ahli parlimen kelima mengisytiharkan sokongan kepada Anwar selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen, Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas