Berita

Borong semua juadah bazar Ramadan… pengasas produk jadi inspirasi

|IDDIN membeli semua juadah di bazar Ramadan dan disedekahkan kepada orang ramai.|||ANTARA komen netizen di media sosial|
- Diterbit 21 April 2021 3:48 AM MYT

TULAR dalam media sosial baru-baru ini apabila pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin Syah), membeli semua juadah di sebuah bazar Ramadan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Bukan setakat itu, semua juadah tersebut disedekahkan pula kepada para pengunjung yang datang.

Dalam ramai yang memuji dan menjadikan Iddin Syah sebagai inspirasi, tidak kurang juga yang menganggap Iddin mahu menunjuk-nunjuk kekayaan sebagai pengusaha produk muda yang berjaya.

Namun dakwaan tersebut tidak menjadi kudis buat Iddin yang sememangnya mahu membantu para peniaga dan berkongsi rezeki atas kejayaan produknya selama ini.

“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas.

“Saya sekadar kongsikan video itu di instagram (IG) personal saya sebagai content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yang baik kepada stokis dan ejen ESW.

“Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yang baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.

“Walaupun ada sebilangan kecil yang mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apa pun pendapat mereka kerana saya tahu itu bukanlah tujuannya,” tulis Iddin Syah menerusi instagramnya @iddinsyah.

IDDIN membeli semua juadah di bazar Ramadan dan disedekahkan kepada orang ramai.

Iddin juga mengakui dirinya tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat kesungguhan para peniaga bazar Ramadan mencari rezeki meskipun hujan lebat.

“Setiap kali balik dari kerja melalui kawasan bazar Ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat.

“Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati, “ya Allah kesiannya depa (mereka) ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sebab PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat.

“Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab org tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?,” luah Iddin yang tidak mahu membuang masa, malah terus bertindak mengajak team produk ESW untuk membeli semua juadah yang dijual.

ANTARA komen netizen di media sosial

Bagi Iddin, rezeki yang diperolehi berniaga produk kecantikan mahu dikongsikan bersama para peniaga bazar Ramadan.

“Saya nak buat kejutan dekat peniaga-peniaga bazar Ramadan. Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dekat saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini. Subhanallah tak terkata hebatnya.

“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yang saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa  spreadkan (sebar) kebaikan.
“Pada semua yang mendoakan kebaikan kepada saya, terima kasih. Pastinya Allah SWT mengangkat doa kalian terlebih dahulu… Amin YRA.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada usaha murni saya ini. Hanya Allah SWT dapat membalasnya,” jelasnya lagi.

Sebagai insan yang tahu selok belok dunia perniagaan, Iddin mahu peniaga terus cekal dalam mencari rezeki.

“Akhir kata, saya harap peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di pelusuk manapun tak pernah putus semangat untuk terus mencari rezeki yang halal.

“Terima kasih kerana bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yang tak sempat masak ekoran kesibukan kerja.

“Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. Amin YRA,” tambahnya lagi.
Semoga kisah Iddin Syah ini menjadi inspirasi atau motivasi kepada masyarakat untuk terus berfikir positif serta tidak berputus asa untuk terus berjaya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas