Berita

AKSEM Perlis merampas mercun dan bunga api bernilai RM12,299

MERCUN dan bunga api bernilai hampir RM50,000 dirampas anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berikutan penahanan seorang lelaki tempatan di Jalan Tunjong-Pasir Mas.
- Diterbit 21 April 2021 2:35 AM MYT

AGENSI Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM12,299 di Jalan Arau-Kodiang, Guar Sanji, Arau.

Komander AKSEM Perlis DSP Azizan Saman berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di sebuah bagunan kedai kira-kira 5.40 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan kita telah merampas tujuh kotak mercun di bilik tidur di kedai itu yang dianggarkan bernilai RM12,299 termasuk nilai cukai.

“Turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Azizan berkata kesemua barang rampasan dibawa ke Kompleks AKSEM Chuping untuk tindakan selanjutnya dan kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas