Berita

Neelofa, PU Riz dan rakan artis berjaya buat kutipan cecah RM2 juta bantu Palestin

bantuan diberikan kepada rakyat Palestin adalah tanda kasih sayang sesama Islam.|JOM sama-sama kita menghulurkan bantuan buat rakyat Palestin. Semoga Israel laknatullah dapat dihapuskan. Amin...
- Diterbit 22 Mei 2021 12:45 PM MYT

GENJATAN senjata yang diumumkan Israel terhadap pejuang Hamas, memberi petanda kemenangan awal penduduk bumi Palestin selepas pertempuran selama 11 hari yang menyaksikan serangan berterusan di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, 12 jam selepas itu Israel kembali membuat serangan di Masjidil Al Aqsa dengan menyerang orang awam yang berada di situ.

Justeru usaha membantu penduduk Palestin tetap diteruskan terutama selepas hampir kebanyakan tempat tinggal musnah sehingga mengakibatkan kematian.

NEELOFA antara artis yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel

Satu daripada inisiatif yang dijalankan pihak Jomdonate adalah kempen Donate 4 Palestine dengan kerjasama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta rakan-rakan artis dan influencer.

Antara selebriti terbabit seperti Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, Wany Hasrita, Amira Othman, PU Amin dan ramai lagi.

Kempen yang dimulakan sejak 9 Mei lalu itu sudah mencecah kutipan RM2 juta yang mana akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin yang akan digunakan untuk kos perubatan, kemanusiaan, kecemasan dan keperluan mendesak yang lain.

BAGI PU Riz, bantuan diberikan kepada rakyat Palestin adalah tanda kasih sayang sesama Islam.

Bagi PU Riz, apa yang dibuat bukan semata-mata untuk memberikan bantuan, sebaliknya ia sebagai bukti kasih sayang dan keprihatinan sesama saudara Islam.

“Mari kita bersama-sama bantu mereka dengan menghantar sumbangan dan menginfaqkan harta kita ke jalan Allah SWT sebagai tanda sokongan kita kepada mereka.

“Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita disana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.

“Setiap wang ringgit yang disumbangankan ini mungkin kecil pada kita, tetapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insya-Allah,” katanya.

Allah SWT berfirman dalam surah Saba’ ayat 34 yang bermaksud;

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

Semoga dengan bantuan anda dapat memberi sinar harapan buat saudara Islam kita di sana. Semoga setiap nilai yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah SWT memudahkan urusan seharian kita semua.

JOM sama-sama kita menghulurkan bantuan buat rakyat Palestin. Semoga Israel laknatullah dapat dihapuskan. Amin…

Difahamkan bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata Israel dan Hamas selepas pertempuran selama 11 hari.

Konvoi lori membawa bantuan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rejim zionis Israel.

Ia membawa makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang amat diperlukan penduduk Palestin, ketika ini.

Serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza selama 11 hari itu menyebabkan 248 penduduk Gaza terkorban termasuk 66 kanak-kanak, sejak 10 Mei lalu.
Ia turut menyebabkan 1,948 cedera, menurut kementerian kesihatan.

Selain itu, ia menyebabkan kemusnahan bangunan apabila bangunan runtuh dan 120,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman untuk mencari tempat perlindungan, menurut Hamas.

Untuk sumbangan, boleh klik pada pautan DONATE https://jomdonate.com/campaigns/190  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas