Biz

Al Ansar penuhi permintaan penduduk Sabah

Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin (tengah) bersama penerima anugerah sempena Majlis Makan Malam dan pengumuman syarikat melebarkan perniagaan ke Sabah di Putrajaya baru-baru ini |PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IBS PLT
- Diterbit 10 April 2022 3:20 AM MYT

SATU perkembangan positif buat ekonomi Malaysia apabila banyak syarikat kembali bangkit setelah berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Misalnya syarikat Bumiputera, Ansar IBS PLT,  syarikat kontraktor bina banglo kini melebarkan sayap ke Sabah mulai bulan ini dengan kawasan tumpuan di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar dengan sasaran 20 unit banglo dengan nilaian sebanyak RM5 juta.

Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin mengumumkan perkara tersebut dalam ucapannya sempena majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah bagi meraikan kakitangan syarikat dan vendor industri pembinaan pelbagai kategori.

“Al Ansar berbesar hati mengumumkan syarikat akan mengembangkan perniagaan ke negeri di bawah bayu ekoran mendapat permintaan bina banglo di sana.

“Sehubungan dengan itu, bermula pada 1 April hingga 24 Jun 2022 promosi dengan diskaun yang menarik akan diberikan kepada pelanggan.

“Sebanyak tiga rekaan diperkenalkan, antaranya Maria dengan dua bilik tidur dan satu bilik air, Nabilah dan Velvet yang masing-masing mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air daripada harga RM170,000 hingga RM320,000 selepas diskaun,” ujarnya.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin (tengah) bersama penerima anugerah sempena Majlis Makan Malam dan pengumuman syarikat melebarkan perniagaan ke Sabah di Putrajaya baru-baru ini

Tambahnya Al Ansar telah mempunyai pejabat di Wisma Utama, Kota Kinabalu apabila menjalin kerjasama dengan Intiutama Bricks Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarahnya Mohd Nazim Datuk Maduarin.

“Pelanggan di Sabah juga akan menikmati pelbagai hadiah iringan termasuk lampu dan kipas, kornis syiling, alat pemanas air dan vakum. Mereka turut menikmati Happy Hour yang menawarkan televisyen Android 40 inci dan rebat dari RM1,000 hingga RM2,000,” katanya.

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT sendiri .

Anugerah yang disampaikan termasuk Perkhidmatan Cemerlang, Kontraktor IBS Terbaik, Jualan Tertinggi dan Anugerah Khas.

“Anugerah yang disampaikan adalah penghargaan kepada mereka yang bekerja dengan setia dan sentiasa optimis terhadap perniagaan syarikat meski pun berada dalam situasi sukar disebabkan pandemik sejak dua tahun lalu.

“Majlis ini diadakan sebagai tanda mengenang jasa dan juga usaha, ketabahan dan kekuatan mereka yang telah bersama-sama jatuh bangun bersama Al Ansar.

“Walaupun negara dilanda pandemik dan syarikat juga mengalami waktu-waktu sukar namun berkat kerjasama dan sokongan semua pihak, Al Ansar berjaya mencatat jualan seperti yang disasarkan.

“Semoga dengan anugerah ini menjadi suntikan semangat kepada penerima dan inspirasi kepada yang lain untuk terus bekerja bersungguh-sungguh, ikhlas dan bersama-sama melakar kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

PENGERUSI Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Dato’ Seri Muhammad Khanafi Husin (dua dari kanan) menyampaikan anugerah penghargaan kepada rakan strategik pada majlis Makan Malam di Putrajaya baru baru ini.

Serentak dengan majlis makan malam tersebut turut dilancarkan Promosi Banglo Hari Raya 2022.

Menurut Muhamad Khanafi, promosi banglo hari raya akan bermula mulai 1 April hingga 4 Jun 2022 yang mensasarkan 15 unit banglo dengan nilaian RM3 juta.

“Bagi menjayakan promosi kali ini lima rekaan diperkenalkan, Mahsuri, Farhana dan Kasturi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air manakala dua lagi rekaan Seri Melati dan Baiduri memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air. Kesemua rekaan ini ditawarkan dengan harga dari RM135,000 hingga RM300,000 selepas diskaun.

“Sepanjang promosi Al Ansar menghadiahkan kepada pelanggan lampu dan kipas percuma, Takaful perlindungan rumah dan perabot selama setahun, vakum, perjanjian pembinaan, kornis syiling untuk ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga serta table top sepanjang lapan kaki,” katanya.

Lebih menarik, pelanggan yang bertuah juga bakal memenangi Televisyen Android 40 inci dan rebat sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 pada waktu Happy Hour.

Majlis turut menyampaikan sumbangan Al Ansar IBS PLT kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang diwakili oleh Tuan Nor Razali bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi YIDE.

Turut sama menyumbang, Dewan Perdagangan Islam Malaysia Putrajaya, SpeedOfis99, Alumni Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jemaah dan Wow Fresh.

Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 03 8325 1733 atau layari laman sesawang www.bangloibs.my. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas