Biz

Buffet Ramadhan Vivatel,Hidang aneka menu pilihan pelanggan

ANEKA juadah yang disaji di Ketuk-Ketuk Vivatel Bufet Ramadan 2022.
- Diterbit 10 April 2022 3:04 AM MYT

TAMPIL dengan tiga set menu hidangan beraneka citarasa pastinya mampu menambat selera pelanggan yang  menikmati juadah berbuka disajikan dalam Buffet Ramadhan, Vivatel tahun ini.

Bagi penggemar beraneka menu makanan, pelbagai hidangan masakan tradisi Melayu mahupun ala Timur Tengah disajikan mulai 8 April sehingga 27 April (7pm – 10.30pm) dengan puluhan juadah menyelerakan.

Eksekutif Acara Vivatel Kuala Lumpur, Andy Baidura Zahari berkata, Ketuk-Ketuk Vivatel Ramadhan Buffet 2022 ditawar pada harga RM50 hingga RM98 pasti berbaloi dengan pilihan juadah mengikut selera pelanggan.

 

Katanya, sebagai langkah promosi, insentif potongan harga turut diberi kepada setiap pelanggan yang membida awal bermula 1 Mac hingga 8 April 2022, layak menikmati harga RM78 sahaja untuk hidangan bufet.

“Hidangan pelbagai jenis menu demi selera pelanggan termasuk Kambing Panggang di Live Station Counter dan dilazatkan dengan Kabsah Rice, Mandy dan Khouzi rice selain Briyani melengkapi aneka juadah disajikan.

“Menu khas serta istimewa (Set A, B dan C) di Ketuk-Ketuk Vivatel Ramadan Buffet kali ini ialah Ayam Gepuk dihidangkan bersama sos pedas Vivaganva dihasil melalui resepi sendiri oleh cef kami di sini.

“Selain itu, hidangan utama kami meliputi 10 jenis masakan seperti Itik Salai Masak Lemak, Rendang Daging serta Ayam Bakar berlada, Udang Harimau Goreng Wok serta Ikan Bakar Ala Portugis dipadan bersama nasi putih dan briyani,” katanya.

 

Aneka sajian dihidang menerusi tiga pakej berbeza di Retro Cafe, Vivatel itu secara keseluruhannya menampilkan hampir 100 juadah termasuk minuman serta pencuci mulut, ditawarkan setiap hari untuk pilihan pelanggan seisi keluarga.

Sementara itu, bagi pelanggan penggemar Gulai Kawah Daging dan Asam Pedas Ikan pula boleh mengunjungi Kawah Stall selain menikmati aneka jenis sup ekor lembu, sup perut serta tulang rawan.

Tidak ketinggalan, setiap pelanggan boleh menjamu selera dengan aneka pilihan sate ayam serta daging yang dihidang bersama nasi impit beserta bawang dan timun.

 

Bagi memenuhi selera pelanggan sempena Ramadhan kata Andy, Ketuk-Ketuk Vivatel Buffet turut hidangkan Roti John, Murtabak selain juadah pembuka selera iaitu Goreng Pisang dan beraneka Cucur Kodok Pisang, Cucur Udang selain Keropok Lekor.

“Selain itu bagi penggemar salad pula kami turut tampilkan beraneka sajian antaranya Thousand Island, French & Italian dressing, Olive Oil selain berbagai jeruk seperti betik, kelubi, kedondong, mangga serta cermai dan anggur hijau.

“Melengkapi selera tradisi Melayu, berbagai jenis kerabu turut dihidang seperti Kerabu Taugeh, Kerabu Daging Limau Kasturi serta Kerabu Mangga dan Daun Selom ditambah ulam-ulaman sebagai pilihan menyelerakan,” katanya.

 

Selain itu, pelbagai jenis minuman, kek dan dessert serta pencuci mulut turut dihidang untuk memenuhi aspektasi pelanggan dari pelbagai kelompok seterusnya meletakkan Ketuk-Ketuk Vivatel Buffet Ramadan suatu pilihan yang berbaloi untuk dibelanjakan. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas