Selebriti

Selepas pandemik COVID-19, Ace Talent bangkit

Azuein Alonto
- Diterbit 10 April 2022 3:25 AM MYT

SELEPAS negara diduga dengan pandemik hampir dua tahun, kini lapangan seni kembali bernafas.

Membuka lembaran baharu, syarikat pengurusan Ace Telent tidak ketinggalan berkongsi pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022.

Berperanan sebagai sebuah syarikat pengurusan artis Ace Talent sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan industri hiburan negara terus bernafas dengan mengenegahkan bakat-bakat terbaik.

Menghargai setiap anak seni mempunyai kelebihan tersendiri, Ace Talent  sentiasa membantu setiap artis naungannya untuk pergi lebih jauh.

PENGARAH Urusan Ace Talent, Azuein Alonto

Berkongsi harapan agar Ace Talent terus menjadi jenama pilihan dalam melahirkan lebih ramai bakat baharu, Pengarah Urusan Ace Talent Azuein Alonto sentiasa yakin dengan strategi dan misi yang dibawa syarikatnya ini

“Di Ace Talent kami sentiasa melihat potensi dalam artis yang kami uruskan. Bukan itu sahaja dalam memastikan peminat seni di negara ini terus diberi pilihan untuk mendapatkan lebih ramai pendatang baharu dalam industri menjadi harapan kami juga untuk terus menggilap lebih ramai bakat baharu.

“Untuk tahun 2022 kami juga sudah mengatur pelbagai perancangan dalam memastikan nama Ace Talent menjadi pilihan lebih ramai artis untuk mengembangkan karier mereka bersama kami,”katanya.

Ramadan

Berkongsi keberkatan dan kemanisan Ramadan kali ini, buat pertama kali juga Ace Talent turut melancarkan lagu raya nyanyian artis Ace Talent berjudul ‘OoTD Raya’.

Yakin akan lagu ini bakal mendapatkan tempat di hati pendengar, apa yang lebih penting, jelas Azuein lagu nyanyian Moleque ,Unknown, Cikidot (zarol), Aliff idham dan Al Farabi ini juga mempunyai keunikan tersendiri.

Merupakan ciptaan Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent ini adalah bukti kemampuan mereka dalam memberikan produk seni yang berkualiti.

“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu ‘OoTD Raya’ ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

“Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,”jelasnya.

Sementara itu bercakap mengenai majlis yang diadakan pada hari ini Azuein melihat ini acara berbuka puasa bersama rakan media menjadi antara agenda penting untuk Ace Talent.

Selain mengeratkan silaturahim antara yang menjadi fokus juga bagaimana hubungan ini kelak mampu membantu artis naungan Ace Talent untuk mendapat pendedahan yang lebih baik.

“Saya sangat berbesar hati dengan kehadiran pihak media pada hari ini. Pastinya acara berbuka puasa yang dirancang ini menjadi laluan buat Ace Talent untuk memperkenalkan artis-artis naungan kami,”tambahnya.

Jangan lupa tonton video muzik (MV) lagu Ootd Raya pada 11 April ini, pukul 8 malam  di Ace Talents Youtube channel.

– WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas