Berita

Agong tidak ambil gaji sejak COVID-19 melanda

- Diterbit 14 Disember 2022 6:03 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengambil gaji sejak COVID-19 melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan itu diambil berikutan Seri Paduka prihatin dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

“Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak COVID-19.

“Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini

Anwar yang sebelum ini turut menetapkan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan perdana menteri sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

lanjutan daripada itu, Jemaah Menteri turut bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas