Berita

Air Tangan Bonda : Resipi masakan kanak-kanak

Resipi makanan kesukaan kanak-kanak. - GAMBAR HIASAN
- Diterbit 18 Disember 2021 2:00 AM MYT

KEBANYAKAN ibu bapa mengalami kesukaran memikirkan hidangan ringkas dan menarik untuk anak-anak mereka. Ada antara kanak-kanak lebih gemar makan makanan ringan berbanding nasi.

Untuk membantu mengurangkan kebimbangan ibu bapa, akhbar Wilayahku edisi kali ini berkongsi dua resipi masakan kanak-kanak yang disediakan oleh Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama Chef Hasna.

Masakan yang tidak pedas, kurang berminyak dan mengandungi kandungan makanan yang sihat sangat sesuai dan digemari malah ia sekali gus dapat menambah selera makan anak-anak anda. Selamat mencuba!

Sup Ayam

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
Sup bunjut
Rempah sup
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Serbuk perasa
Garam
Lobak merah
Ubi kentang

BAHAN KISAR
Bawang merah
Bawang putih
Halia

BAHAN HIAS
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN
1. Kisar bawang merah , bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan tumis.
4. Masukkan rempah sup.
5. Kemudian masukkan sedikit air dan ubi kentang. Biarkan seketika sebelum masukkan lobak merah.
6. Masak sehingga empuk. Kemudian masukkan ayam satu persatu.
7. Setelah ayam hampir masak, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
8. Biarkan sehingga mendidih dan naik bau.
9. Akhir sekali, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan. Hidangkan bersama nasi putih ketika masih panas.

 

Spaghetti Carbonara

BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
Bawang holland
Cendawan butang
Serbuk lada hitam
Isi ayam dihiris
Keju cheddar
1/2 cawan air
Susu segar
Bay leaf
Spaghetti
Oregano
Garam
Sosej

CARA PENYEDIAAN
1. Rebus spaghetti di dalam  air. Letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2. Tumis bawang holland, oregano, bay leaf, isi ayam, sosej dan serbuk lada hitam.
3. Masukkan susu segar, air dan keju cheddar.
4. Pekatkan kuah dengan sedikit tepung gandum.
5. Kemudian, masukkan sedikit garam. Biar sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih, tuangkan kuah di atas pasta yang telah direbus.
7. Hiaskan spaghetti carbonara mengikut bentuk kesukaan kanak-kanak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas