Berita

Idea marvelous tarik selera anak

||
- Diterbit 18 Disember 2021 1:30 AM MYT

EDISI kali ini akhbar Wilayahku kongsikan kepada para ibu bapa dua resipi ringkas yang berkhasiat dan menarik untuk kanak-kanak.

Hidangan anak-anak perlulah datang daripada sumber semula jadi terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, ia mestilah kurang garam mahupun gula kerana ginjal anak-anak yang masih mudah mestilah dijaga.

Jom lihat dua hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak yang boleh anda cuba sendiri di rumah dan pastinya boleh memikat selera si comel!

SATAY BUAH

BAHAN-BAHAN

1 tin ketulan nanas dalam jus nanas

2 kiwi

2 pisang

1 mangga

Blueberry

Raspberry

CARA PENYEDIAAN

  1. Tapiskan ketulan nanas.
  2. Kupas kiwi dan potong bentuk ketulan besar.
  3. Kupas pisang dan potong bentuk ketulan besar.
  4. Kupas mangga dan potong bentuk kiub besar.
  5. Gantikan susunan buah dengan mencucuk kiwi, kemudian pisang dan mangga di atas lidi.
  6. Letakkan satay pada pinggan dan hidang.

PUDING CHIA SEEDS

BAHAN-BAHAN

Serbuk matcha

Susu almond

Biji chia seeds

Kacang cashews

Raspberry

Kiwi

Madu

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan sebahagian susu almond bersama separuh biji chia seeds ke dalam mangkuk.
  2. Letakkan di dalam peti ais selama setengah jam.
  3. Tambah dengan serbuk matcha, kacang cashews, raspberry, kiwi dan madu.
  4. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas