Berita

3,055 individu disyaki positif COVID-19 hasil saringan komuniti kerajaan Selangor

SERAMAI 80,981 rakyat di Selangor telah menyertai Program Saringan COVID-19 secara percuma oleh kerajaan negeri. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 2 Jun 2021 6:44 AM MYT

SERAMAI 3,055 individu disyaki positif COVID-19 hasil saringan program Saringan Komuniti COVID-19 yang dianjurkan secara percuma melibatkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata sehingga 1 Jun (semalam), seramai 80,981 rakyat di Selangor telah menyertai Program Saringan COVID-19 secara percuma oleh kerajaan negeri.

“Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya dalam hantaran itu.

Program anjuran kerajaan Selangor itu mula dilaksanakan pada 8 Mei lepas sehingga 10 Jun dan ia merupakan program saringan percuma melibatkan rakyat di 56 DUN di Selangor. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas