Berita

WP benam juara bertahan SUKMA, layak ke suku akhir

AKSI Wilayah Persekutuan ketika menentang pasukan Perak pada saingan Kumpulan A, SUKMA 2022 yang diadakan di Stadium UKM, Bangi.
- Diterbit 14 September 2022 12:42 PM MYT

PASUKAN bola sepak Wilayah Persekutuan ­sekali lagi melakar ­kemenangan apabila berjaya membenam ­pasukan juara bertahan Perak di perlawanan peringkat Kumpulan A, petang ini, yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pada aksi kedua temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 ­bagi saingan bola sepak Kumpulan A itu, Wilayah Persekutuan menampilkan ­aksi bertenaga ­apabila berjaya menjaringkan gol di awal minit permainan.

Jaringan tunggal yang dihasilkan oleh Iman Zamri pada minit ke-20 permainan itu sekali gus memberi tiga mata penuh buat skuad bimbingan Zolkipli Samion.

Keputusan ­tersebut kekal ­sehingga wisel ­penamat ­menyaksikan Wilayah Persekutuan berkongsi enam ­mata dengan pasukan Selangor dan layak ke slot suku akhir acara Bola Sepak Sukma XX.

Perlawanan penentuan juara Kumpulan A akan diadakan ­pada hari ini di mana Wilayah Persekutuan akan bertemu ­pasukan Selangor.

Terdahulu, pada ­saingan ­pertama, pasukan Wilayah Persekutuan langkah kanan apabila menewaskan pasukan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada Isnin.

Satu lagi aksi kumpulan ­sama menyaksikan Selangor ­menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 1-0, ­hasil ­jaringan tunggal Muhammad Khairi Sufian Khaineyusri pada minit ke-50.

Sementara itu, saingan Kumpulan B, menyaksikan Pahang berjaya menewaskan Sarawak ­1-0 dan Kapten Pasukan Sarawak dikenakan kad merah pada ­babak kedua perlawanan kerana ­mengasari pemain Pahang. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas