Berita

Tunggakan lebih RM1 juta

- Diterbit 24 Mac 2023 3:15 AM MYT

ENGGAN melunaskan bayaran caj penyelenggaraan bernilai RM35 sebulan sejak bertahuntahun lalu telah menyebabkan sebuah kawasan perumahan kos rendah berstrata mengalami tunggakan lebih RM1 juta.

Sikap sengaja tidak mahu membayar dan segelintir hanya mahu membayar di bawah kadar yang ditetapkan menyebabkan banyak skim perumahan seperti ini berdepan masalah pengurusan, penyelenggaraan dan pembersihan.

Selain itu, mentaliti penduduk yang hanya mengharapkan bantuan kerajaan turut menyulitkan pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan (MC) untuk memaksimumkan kutipan caj penyelenggaraan malah mereka terpaksa menagih bantuan kerajaan sekiranya berdepan dengan masalah tersebut. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas