vaksin

Berita

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech tiba di Labuan

KUMPULAN pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebanyak 4,680 dos dari Kota Kinabalu, Sabah selamat tiba di Terminal Feri Ro-Ro Labuan hari ini. Selepas feri Kimanis 1 berlabuh di jeti terminal kira-kira 9.50 pagi, pekerja DHL Express dilihat memindahkan vaksin berkenaan ke dalam trak yang sedang menunggu dengan pengawasan oleh anggota polis Labuan.

Berita

COVID: Polis Labuan pantau gerakan anti-vaksin

POLIS Labuan akan memantau kegiatan kumpulan anti-vaksin di pulau itu yang menyebarkan propaganda mengenai vaksin COVID-19 melalui pelbagai platform di media sosial. Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata pemantauan itu termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat yang tidak

Berita

Persatuan farmasi sedia jelaskan mengenai vaksin kepada Ahli Parlimen, ADUN

PERSATUAN Farmasi Malaysia (MPS) bersedia memberikan penjelasan kepada mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara berkaitan vaksin COVID-19. Presidennya, Amrahi Buang berkata ia bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut. Menurut beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan golongan

Berita

Ismail Sabri terima suntikan vaksin COVID-19

MENTERI Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar 9.09

Berita

KSN terima suntikan vaksin COVID-19 hari ini

KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11 di sini. Berkongsi perkara itu menerusi laman rasmi Instagram beliau, turut kelihatan dalam hantaran gambar media sosial itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Shafiq

Berita

Lagi negeri di Semenanjung mula terima bekalan vaksin COVID-19

BEBERAPA negeri lagi di Semenanjung Malaysia mula menerima bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech pada hari kedua Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini. Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Kelantan, Perak, Pahang dan Perlis telah menerima bekalan vaksin tersebut semalam. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima