Terbuka Thailand Yonex

Berita

Cheah, Kisona raih pengalaman berharga di Terbuka Thailand Yonex

WALAUPUN tewas dalam pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Impact Arena, Bangkok semalam, pemain wanita nombor satu negara Soniia Cheah menyifatkannya sebagai pengalaman berharga yang akan membantu meningkatkan prestasinya. Menurut pemenang pingat perak acara beregu campuran Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu, kekalahan 15-21 dan 12-21 kepada pemain pilihan