#suruhanjayapilihanraya

Berita

SPR pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2021 mulai esok

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi Suku Tahun Kedua 2021 (ST2/2021) selama 14 hari mulai esok hingga 16 Ogos ini, di 822 tempat terpilih seluruh negara. Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata RDPT ST2/2021 mengandungi 44,321 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak