selamatkan

Berita

183 gelandangan diselamatkan, elak jangkitan Covid-19

KUALA LUMPUR – Kira-kira 183 gelandangan diselamatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama beberapa agensi dalam satu operasi bermula pukul 11 malam sehingga pukul 3 pagi tadi. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, operasi tersebut dilakukan bagi menyelamatkan gelandangan daripada terdedah kepada penularan wabak Covid-19.