
Tiada kluster baharu rentas negeri sejak 1 Feb – Dr Adham
TIADA kluster baharu rentas negeri direkodkan sejak 1 Februari sehingga semalam hasil keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang bermula 16 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menurutnya, sejak 16 Disember hingga 30 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 31 kluster rentas negeri direkodkan melibatkan