Berita

Suami isteri tinggal berjauhan diberi kelonggaran rentas negeri

PERINTAH Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 di negara ini. - Gambar hiasan
- Diterbit 10 Mei 2020 9:27 AM MYT

PUTRAJAYA – Suami isteri yang tinggal di negeri berlainan diberikan kelonggaran untuk melakukan rentas negeri bagi bertemu dengan pasangan dan keluarga masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berikutan beliau difahamkan ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.

“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.

“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan
perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga,” katanya dalam Perutusan Khas sempena Nuzul al-Quran di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap kerajaan negeri Sabah dan Sarawak turut memberikan kelonggaran yang sama melibatkan perjalanan rentas di kedua-dua negeri tersebut.

“Permohonan boleh dibuat melalui
aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas