Berita

Orang bujang mungkin dibenarkan rentas negeri

MEREKA yang bujang dan bekerja di perantauan juga merindui ibu bapa di kampung halaman. - Gambar hiasan
- Diterbit 15 Mei 2020 8:22 AM MYT

PUTRAJAYA – Golongan bujang berkemungkinan dibenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menemui ibu bapa mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau secara peribadi mengetahui ramai golongan tersebut memaklumkan amat rindu kepada ibu bapa mereka.

“Sabar sikit.. Insyallah,kalau sampai masanya, kalau ada kelonggaran kita akan longgarkan.

“Setakat ini tiada lagi, jadi mesti patuh pada arahan yang telah dilaksanakan kerajaan ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kebenaran diberikan kepada golongan bujang pulang ke kampung seperti pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan sebelum ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan sekatan jalan raya dijalankan di plaza tol di seluruh negara khususnya bagi mengelak berlakunya aktiviti rentas negeri.

Ujar beliau, rentas negeri yang dibenarkan adalah selama empat hari sebelum ini menggunakan aplikasi Gerak Malaysia kecuali atas kebenaran polis.

“Yang curi-curi (rentas negeri pulang kampung) , saya tidak tahu dan kadang-kadang provokasi sahaja.

“Kalau betul mereka curi-curi (rentas negeri) ambil gambar mereka seperti sebelum ini (yang tular). Polis tentu mencari mereka,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas