
Kerajaan lancar strategi baharu perangi rasuah Selasa ini
KERAJAAN akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata NACS yang menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 itu akan dirasmikan