
Yayasan Petronas hulur sumbangan kepada 300 keluarga di N. Sembilan
BERSEMPENA Tahun Baharu Cina yang dirai masyarakat Tionghoa hari ini, Yayasan Petronas mengambil inisiatif menceriakan sambutan dengan menghulurkan sumbangan kepada 300 keluarga kurang berkemampuan di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Nelly Francis Shariah berkata sumbangan berbentuk makanan asas dan kit penjagaan kebersihan yang keseluruhanya bernilai RM30,000 itu merupakan sebahagian daripada