#Lamborghini #JalanTunRazak #rempuh

Berita

Lamborghini hilang kawalan rempuh kereta

SEBUAH kenderaan mewah jenis Lamborghini telah merempuh sebuah kenderaan hingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang, Kuala Lumpur. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh pemandu hilang kawalan apabila terdapat deretan kereta berhenti akibat kesasakan lalu lintas di lokasi kejadian.