#Labuan #jkm #petraenergyberhad #wilayahku

Berita

Rumah usang warga emas dibaik pulih

SEORANG warga emas di Kampung Sungai Keling di sini, menarik nafas lega apabila rumah kediamannya yang dimamah usia telah dibaik pulih oleh Syarikat Petra Energy Berhad. Teo Kim Chuan, 78, merupakan seorang klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetap di rumah itu bersendirian selepas berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.