Berita

Rumah usang warga emas dibaik pulih

Teo Kim Chuan (empat dari kiri) menerima replika kunci rumah sebagai simbolik penyerahan daripada Pengurus Fabrika Petra Energy Berhad, Spancer (empat dari kanan). Teo Kim Chuan (empat dari kiri) menerima replika kunci rumah sebagai simbolik penyerahan daripada
- Diterbit 24 Oktober 2021 8:00 AM MYT

SEORANG warga emas di Kampung Sungai Keling di sini, menarik nafas lega apabila rumah kediamannya yang dimamah usia telah dibaik pulih oleh Syarikat Petra Energy Berhad.

Teo Kim Chuan, 78, merupakan seorang klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetap di rumah itu bersendirian selepas berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu.

Teo menyifatkan bantuan baik pulih rumahnya itu sebagai rezeki yang tidak pernah jangka.

Katanya, atas keprihatinan pihak Petra Energy Berhad itu telah mengubah kehidupan sehariannya menjadi lebih selesa dan selamat.

“Terima kasih kepada pihak Petra Energy Berhad kerana sudi membantu membaiki rumah saya dan ia memberikan satu sinar baru kepada saya,” katanya kepada Wilayahku, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengurus Fabrikasi Petra Energy Berhad, Spancer Anak Saliman berkata, pihaknya telah membelanjakan sejumlah RM25,000 bagi kerja-kerja baik pulih keseluruhan rumah itu dan mengambil masa selama 14 hari.

“Ini adalah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Petra Cares bagi membantu membaiki rumah Teo Kim Chuan.

“Sebanyak 65 peratus kerja-kerja baik pulih telah lakukan dan kita turut membekalkan peralatan kelengkapan lain seperti kipas dapur dan sebagainya,” katanya.

Majlis penyerahan rumah tersebut disampaikan oleh Pengurus Fabrikasi Petra Energy Berhad Spancer Anak Saliman kepada Teo Kim Chuan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan Ansharey Matarsad. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas