
KPWKM tumpu pembangunan dasar pastikan khidmat berkualiti untuk semua
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan dasar dan program bagi menangani pelbagai keperluan penduduk daripada penjagaan kanak-kanak hingga warga emas, memastikan akses dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk semua pada masa hadapan. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata KPWKM juga akan memberi tumpuan kepada inisiatif menyediakan penjagaan, mewujudkan