KPM peperiksaan awam

Berita

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai – NUTP

SARANAN menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai, menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP). Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata peperiksaan percubaan SPM adalah sebagai kaedah bagi guru mengenal pasti kemampuam dan kelemahan pelajar sebelum menduduki peperiksaan sebenar.