
Korea Selatan, India mulakan rundingan naiktaraf perjanjian perdagangan
KOREA Selatan dan India pada Khamis melancarkan rundingan pusingan baharu untuk menaik taraf perjanjian perdagangan dua hala selepas terhenti selama tiga tahun, lapor Yonhap, memetik kementerian perdagangan di sini. Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010 dan memulakan perbincangan untuk menaik taraf pakatan itu pada 2015.